One day satu telaga minyak No. DK133 meletup & bocor. Keadaan kelam kabut untuk menyelamatkan situasi telaga minyak bocor mula dirancang & dubuat. Banyak ahli-ahli specialist melayu-melayu (indonesia & malaysia) drillers dibawa ke tempat kejadian oleh para manager2 arab dari pelbagai deprtment. Pasukan keselamatan Fire & Safety Dukhan di ketuai oleh orang melaka.
Mula-mula dibina kawasan kolam untuk menakung limpahan minyak. Sebuah lagi rig penggali telaga dipanggila masuk. Kabin-kabin tapak bina berA/C mula dihantar untuk manager2 besar arab berehat sambil meghisap hookah melihat kerja-kerja penyeleggaraan. Rupture telaga minyak No.DK133 pada mulanya nampak dapat dikawal dengan menjalanlankan operasi menebuk sebuah lagi telaga berhampiran. Telaga bocor mula pecah besar. Kini pasukan drillers American dipanggil masuk.
Katering-katering makanan membawa makanan-makanan bertarah hotel 5 bintang, tetapi apabila makan sajian makanan, semuanya jenis berminyak & berlemak. Kambing, daging, ayam, nasi beriani. Setelah makan, crew-crew mengantuk & panas dalam badan. Sudahlah ditambah lagi dengan panas luaran yang menyucuk kulit kepala. Sekejap-sekejap kena evacuation kerana paras gas toksid "H2S" tinggi menyerap keluar melalui rongga-rongga kebocoran.
Situasi dari buruk menjadi lebih buruk, akibat ketidakberpengelama n para manager-manager arab membuat keputusan yang tepat & bernas, yakni "flip-flop". "I'm Qatari, you must follow my decesion!". Esok pulak, "He is Qatari, so you must follow his decision!!!! ". Pasukan penyelamat telaga minyak yang diterbangkan khas dari Houston, Texas, bingung & want to pack and go back home. Apa guna kami duduk sini, semua suggestion professional kami di tolak atas sebab..bla-bla- bla- we are qatari oleh manager-manager arab. Dari 1 minggu jadi 2 bulan dah. Dan tempat kejadian itu seolah-olah macam tempat pesta besar di tengah sahara. Kini, pasukan american pun join sama melenggok berdansa dengan keputusan tarik tali ding dong ping pong fip-flop oleh para manager-manager arab yang tak pernah mengharungi crisis management (sebuah ciri pengurusan yang dilatih untuk setiap ahli pengurusan projek pembinaan malaysia untuk menyiapkan cabaran projek-projek pembinaan di malaysia walaupun bergaji murah.)..bayangkan rate pasukan penyelamat telaga minyak american dari Houston, Texas itu adalah USD10,000/sehari. .Depa balik US macam rajalah nanti. Rumusan para driller melayu (indonesia + malaysia), cis! kalau di indonesia telaga bocor macam ini 2 minggu siap Pak!...Pikiran ku mula nampak jawapan kekalahan pasukan tentera arab didalam "6 days war" Arab-Israel. .huh!
Dalam perbincangan- perbincangan mereka, 4-5 kali terdengar perkataan Vaseline, rupa-rupanya memang ada Vaseline pun! kat telaga minyak tu ada lapisan vaseline yang dikutip untuk kegunaan as petroleum jellytu yang kita pakai...aku mengangguk macam ada experience. Yea!! Vaseline..
pitmok
here's another one of his rants...
harga kopi kat tengah padang pasir = QR25/secawan. Sambil-sambil isap "cigar cuban" QR80/sebatang, bila habis sampai hujung..hey man, it kinda tasted like a hondurian..lepas tu bagi tip QR5/kat tea boy..macam tu lah apabila melepak dgn geng-geng drillers melayu yang sedang mencari minyak mentah di padang-padang pasir sahara yang kini teramat hangat. Unta-unta berwarna hitam kelihatan berkeliaran sedang memamah pokok-pokok renek. Dhab-dhab berkulit putih salji juga nampak sering berkeliaran lari kesana-kesini tidak berkeruan. Suhu 52c, humidity 0% = keadaan paling meruncing untuk kena heatstroke. Pijaran terik matahari sehingga menaikkan kekabus siang hari.Epit, Epit...hahaha...hang ni lawak betui la...
Lepas tu, aku sarungkan cermin mata sunglasses Maui Jim QR1000, barulah nampak jelas jalan off road padang pasir sahara. Sayup jauh kelihatan kereta mewah Land Cruiser milik qatari yang sedang bekerja di telaga minyak di tengah sahara. Dengan pantas buka A/C kereta kuat-kuat, nasib baiklah kereta ini ada 2 A/C, baru rasa hilang fening-fening- lalat. Ah! nak kencing pulak. Nasib baik bawak air botol mineral.
Kring-kring! ! bunyi mobile phone Q-tel aku, "Ah-lan! Hafiz hina.(sini).", "Ya habibi! (wahai kekasih..becareful dengan perkataan ini,,pak arab bukan nak kasih hang pun). Ah-lan-wa-sah- lan, anta fi maktab au sahara? (awak di pejabat atau di gurun?)"..Emm..Boss cari pulak! Dah 2 minggu projek pembinaan selenggaraan aku menghadapi masalah teknikal, yakni, macam-macam masalahlah.. A/C mafi syugul (A/C tak jalan), A/C karban (A/C rosak)..perkataan "karban" macam "korban"..
Bila balik rumah beglo jam 3.00ptg, buka e-mail hari ini, wah! macam pasar malamlah. Terus rasa macam hujan lebat kat luar rumah,,Eemm! kurang rasa sakit hati because hari-hari aku risau sendiri memikirkan why I had to getting old. Thanks you all ZZR, JK, TB, MM, KY, WR, YG dll.
hj. ir. pitmok al-qatari, MIEM, P.Eng.
Dukhan, Qatar

No comments:
Post a Comment