Thursday, July 2, 2009

Only 10 Ringgit a month...

I would like to highlight this facebook effort started by Nadzrin. A little spare change goes a long way as a collective effort:


Assalamualaikum sahabat semua,

Saya menerima email daripada Mohd Fadzli Abdullah Halim dari Shariah Division, Etiqa Takaful Berhad yang menarik perhatian kepada penderitaan Kak Mah, seorang ibu yang mempunyai 10 orang anak.

Beliau sangat-sangat memerlukan bantuan orang ramai untuk meneruskan kehidupannya. Saya mengasaskan laman ini untuk menggarap sebanyak mungkin bantuan daripada sahabat semua. Inilah email asal Mohd Fadzli:

------------------------------

"Semoga anda semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt, diperkuatkan Iman serta dipermudahkan segala urusan. Amin

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Syariah Etiqa Takaful sedang dalam usaha membantu sebuah keluarga fakir dan miskin yang amat memerlukan bantuan. Kami memohon jasa baik dan keperihatinan semua agar dapat membantu meringankan beban kewangan bulanan keluarga ini. Antara bantuan yang diperlukan:

1. Mendepositkan derma bantuan sekurang-kurangnya RM10.00 setiap bulan untuk membantu perbelanjaan harian, perubatan dan persekolahan dengan menggunakan teknologi maybank2u, phonebanking, internet bangking dan sebagainya.

2. Menganjurkan lawatan ke rumah beliau dengan membawa sedikit barangan keperluan harian (Beras, susu, gula, tepung dan sebagainya).

3. Memanjangkan email ini kepada rakan terdekat anda yang boleh membantu mereka."

------------------------------

Bagi yang mampu membantu, jika tidak sanggup RM10 sebulan, RM5 pun boleh, asalkan kita beramai-ramai. Sila sebarkan keanggotaan group ini seluas mungkin.

Kak Mah juga pembuat kuih. Jika anda ingin membantu beliau melariskan jualannya boleh juga mengambil tempahan kuih daripadanya untuk majlis-majlis anda, dan jika boleh, tawarkanlah harga yang tinggi. Semoga Allah merahmati anda semua.

Contact Info

Email:
Office:
Shariah Division, Etiqa Takaful Bhd



Maklumat Fakir Miskin – Pemohon bantuan

Ringkasan Maklumat

Nama Pemohon : Salmah Bt Mat Hassan (39 tahun)

Nama Suami : Ibrahim Mohamad (49 tahun)
(Mengalami sakit tulang akibat kemalangan dan tidak mampu melakukan kerja berat)

Alamat kediaman : (untuk dapatkan maklumat ini, sila hubungi nadzrin@gmail.com)

Telefon : (untuk dapatkan maklumat ini, sila hubungi nadzrin@gmail.com)

Bayaran sewa rumah : RM124 (dibayar Baitulmal WP sejak 2004)

Bilangan anak : 10 orang

Umur : 1 – 20 tahun

Bilangan anak tinggal bersama : 8 orang
Bilangan anak berpenyakit serius : 5 orang
Bilangan anak bersekolah : 6 orang

Pekerjaan : Menjual kuih

Pendapatan bulanan : RM500.00 (anggaran)
Perbelanjaan bulanan : RM800.00

Perbelanjaan ubatan bulanan : RM600.00

Jumlah keperluan sebulan : RM1400.00

Catitan

1. Etiqa Takaful Berhad telah mengeluarkan bantuan Zakat berjumlah RM2800.00 untuk membantu keluarga ini pada bulan Jun dan Dis 2008.

2. Satu kunjungan sambil melakukan kajiselidik ke rumah pemohon telah diadakan oleh Ketua dan pegawai Jabatan Syariah Etiqa Takaful pada 27 hb April 2009.

3. Sumbangan derma dari warga Dataran Maybank hasil dari kutipan derma bersempena ceramah umum khas pada 14/4/2009 oleh Dato’ Ismail Kamus berjumlah RM510.00 telah diserahkan sempena lawatan berkenaan.

4. Keadaan kediaman beliau sangat dhaif dan kebanyakkan peralatan di rumah beliau adalah sumbangan jiran dan dalam keadaan menyedihkan.

5. Kehidupan keluarga ini serba kekurangan dan acap kali cuma mampu makan sekali sahaja dalam sehari.

6. Keluarga ini mengalami defisit perbelanjaan sebanyak RM900.00 setiap bulan untuk perbelanjaan harian dan ubatan. Beliau kerap menagih simpati dengan mengunjungi pejabat-pejabat mengharapkan derma untuk menampung keperluan.

Kepada para dermawan, bantuan boleh disalurkan terus ke akaun bank beliau seperti berikut: Maklumat akaun bank : BIMB 0309 0020 1206 25 (atas nama Salmah Bt Mat Hassan)

8 comments:

Snakebite said...

well done saya,

i m taking down the bank account no.

May God bless you.

Saya... said...

Tok,

Bukan Saya, tapi org lain passed to me...just helping pass the word around..sapa2 yang nak confirm, boleh contact the Etiqa staff email given in the post...

Zendra-Maria said...

Teringat usrah Selasa kelmarin:
Bersedeqah pd bulan rejab, gandanya 70 kali, bulan sya'aban 700 kali, bulan ramadan - tidak terhingga gandanya

allahu a'lam

Saya... said...

Zendy,

you pi usrah kat mane? lama tak pi dah...kayu ara ke?

Zendra-Maria said...

Tak, rumah my big bro subang jaya. Can't remember but where is kayu ara? Kajang ke?

Saya... said...

kayu ara kat damansara...ustaz mane?

Zendra-Maria said...

Shihabuddin, an Indon, graduated from Syria. Who is yours?

Saya... said...

Zendy,

Ustaz Iqbal (indon dah kena deport pasal JI konon lah), Ustaz Abdullah Yassin, Ustaz Hussien, and a few others...lama dah tak pi lah...nak kena start balik. Tgk je la apa citer kat tempat org Nuri tu...hahaha